Sunday, March 28, 2010
Casa Bella
Hari nie cukup mencabar kesabaran ku terhadap seorg insan bergelar lelaki.... namun aku amat bersyukur punya teman 2 yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan buat diri ini.... Kadangkala aku terfikir, bagaimana lagi tuk aku memberi yg terbaik utk perhubungan nie, aku sedar aku tetap insan yg punya kelemahan, dan sememangnya kau dan aku dtg dari dunia yg berbeza... jika kau benar tercipta untukku... maka dengan izin NYA..kau dan aku akan bersama...
Saturday, March 27, 2010
DFO Essendon
Semlm... aku bersama Jazz, Najmi,Izah n Baya... pergi melakukan 'retail therapy' di DFO Essendon, walaupun pada mulanya niat kami tuk mengambil peluang tuk membeli brg2 Correlle... sudahnya... kami tidak dapat menahan godaan pabila di Kedai Roxy ada potongan sebyk 70 %, pada mulanya aku sekadar melihat2... kemudian bila dibandingkan harga asal dan harga setelah potongan membuatkan aku terus berminat utk memilih brg2 yg aku berkenan.... duk begitu asyik memilih sehingga aku di tegur oleh minah blonde sebab block laluan dia, tapi dia pun sibuk la bwk stroller, anak dah besar, leh berlari, sengaja nak bwk budak tu menyempit, dah la kedai tu memang sempit, so memang la susah nak jalan... kalau dia ckp baik2 tak pe jugak... tapi biar laa..malas aku nak layan org yg gitu... apapun... akhirnya aku dapat membeli beg sekolah, beg jalan2 dan beg make up dengan harga AUD 30. Kemudian kami ke kedai Correlle... bila dah ade kat situ..lagi la rasa tak tahan... terasa ingin membeli semua brgn yg ada... tapi bila terpikirkan ongkos yg ada... daku terpaksa menahan nafsu...hehehhee .... setiap sorg dari kami ...membeli at least tiga set brgn correlle dan akibatnya... bila nak pulang, penuh kereta dgn brg2 yg di shopping... apapun kami semua puas hati....
Kami teruskan agenda selepas bershoping dengan menikmati makanan yg lazad di Sofia, minum ice choc , calamari, pizaa n spaghetti yg enak... nyum -nyumm.... Kesimpulanya...kami semua gembira dan senang hati :)
Mengejar Impian
Genap sebulan aku kembali ke bumi org, demi mendapatkan segulung ijazah.... berpindah ke tempat baru... melayari semester baru, pada mulanya..aku begitu bimbang takut tidak dpt menyesuaikan diri, kerana aku sorg saje Melayu di dalam kelas aku.... di campur pula perasaan bimbang meninggalkan tunangan tersayang di bumi Malaysia... Tiga hari setelah bergelar tunangan org..aku terus berangkat ke bumi org... Perasaan sedih dan sayu hati meninggalkan org2 tersyg masih terasa sehingga saat ini....
Walaubagaimana pun aku bersyukur di kelilingi sahabat2 yg memahami dan sentiasa memberi dorongan dan sokongan...
Subscribe to:
Comments (Atom)