Monday, April 19, 2010

Rentetan Peristiwa yg tak sempat ku tulis .....

Easter Gateway.... from Thursday night on Aprilfool day 2010 ,until Monday morning 5 april 2010, me, Izzah n Najmi went to Aldelaide for a short vacation. Ini pengalaman pertama aku menjelajah bumi Aussie selain dari tempat mencari ilmuku... Pertama kali sejak berada di bumi Aussie, aku dapat ke kawasan yg mempunyai pantai... Glenelg Beach... sampai dua kali aku pergi ke sana...
Meh aku cite start dari awal yer....Ptg Khamis...dlm pkul 6... Yusri dtg amik kami tuk di hantar ke Lapangan Terbang Tullamarine... for the first time kami naik Tiger airways... sampai jer di sana..kami dijemput oleh Arifah... kawn sekolah Najmi... Mlm tu just berehat kat umah...Keesokkannya..bermula perjalanan kami ke Hahndorf Area- Town of Hahndorf, tgk Opal cantik..tapi tak beli..huhuhuhu... pastu meneruskan perjalanan ke tempat wat cekelat yg tak best... n ke tempat wat mainan daripada kayu... dan malam nya kami menikmati makanan seafoof yg lazat di Kedai Vietnam.... Tamat hari pertama...hari kedua... kami berjalan 2 di randle mall n kemudiannya ke Glenelg beach... n mlm tu mkn kat kedai cam mamak tapi class nyer mamak... makn beriani lagi..sedap tul.....sterusnya hari ketiga..kami bertiga naik bus ... ke city... dgn niat tuk menjelajahi taman botani dan melawati zoo ... tuk tgk Panda .... n tghari Arifah join kami pi muzium... n ptg tu jgk kami ke Glenelg sekali lagi.... dan mlm nie kami try daging Kangaroo... but as i dont like lamb,,, so Kangaroo pun tak leh jalan....huhuhuhu....dan pada pagi esoknnya kami bertolak balik ke bumi Melbourne... Apa pun as picture kan describe a thousand words.... so dgn melihat gambar ..byk lagi yg dpt di ketahui...betapa enjoy n bestnya pi Aldelaide... may be tak se best pi tempat2 lain... nway Aldelaide keunikkan nya tersendiri :)

Darjat kasih sayang dalam diri senjata lawan kemarahan

KETIKA kita bertemu Allah di dalam sembahyang, kadang-kadang terasa air mata berlinang mengenangkan-Nya yang menciptakan kita. Air mata kerinduan dan air mata taubat yang memadamkan bahang api neraka di akhirat.

Air mata kasih sayang yang dititipkan kepada kita, akan memutihkan noda hitam dan menjadikannya suci bersih. Mungkin sebab itulah Allah SWT memilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran kerana kosa kata spiritualnya lebih kaya dan mendalam. Di samping itu Al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar di sepanjang zaman.

Pemilik kasih sayang yang sebenarnya hanya Allah SWT. Hakikat kasih sayang-Nya yang tanpa syarat, berbeza dengan kasih sayang manusia yang mempunyai pelbagai syarat dan kepentingan. Kasih sayang tanpa syarat itu, pernah ditunjukkan Rasulullah SAW ketika Baginda dilemparkan batu oleh orang Taif.
Rasulullah hanya tersenyum: “Aduh umatku, seandainya engkau tahu matlamat yang kubawa, engkau pasti tidak akan melakukan ini,” demikian bisiknya.

Bahkan ketika datang malaikat pengawal gunung Taif menawarkan bantuan untuk membalas perbuatan orang Taif itu, Nabi berucap: “Terima kasih, Allah lebih berkuasa daripada makhluk. Jangan diapa-apakan. Mereka hanya tidak tahu. Kelak kalau mereka sedar, mereka akan menyintaiku.”

Nabi Nuh pernah menyesal kerana ia mendoakan umatnya binasa. Selama 950 tahun beliau berdakwah mengajak kaumnya ke jalan Allah, namun hanya segelintir yang mengikuti ajakan dan seruannya. Yang lain ingkar sehingga Nabi Nuh berdoa kepada Allah agar dikirimkan bencana kepada kaum yang ingkar itu. Maka datanglah banjir besar yang menenggelamkan mereka, sedangkan Nuh dan pengikutnya sudah mempersiapkan diri dengan membuat kapal atau bahtera.

Banyak ulama mencapai darjat kasih sayang itu. Imam Syafie pernah memesan baju kepada tukang jahit. Lengan kanan baju itu lebih besar dibandingkan lengan kirinya yang kecil dan sempit. Imam Syafie bukannya mengadu dan marah kepada tukang jahit itu, malah berterima kasih. Kata Imam Syafie: “Kebetulan, saya suka menulis dan lengan yang lebih longgar ini memudahkan saya untuk menulis sebab lebih selesa bergerak.”
Indahnya hidup ini kalau tidak ada kebencian. Ini bukan bererti kita harus menahan marah. Yang kita lakukan adalah bagaimana menjadikan diri kita penuh kasih sayang sehingga potensi kemarahan berkurangan. Setiap orang mempunyai hak untuk marah, dan itu harus dengan cara profesional dan bersopan santun.

Banyak perkara yang membuat seseorang marah, tetapi selesaikah persoalan dengan marah?

Semakin meningkat kasih sayang maka semakin mesra pula belaian Allah SWT kepada kita. Bayangkan seorang bayi yang dibelai ibunya tersenyum, itu baru belaian makhluk, apa lagi belaian Allah kepada manusia. Roh sifatnya mulia dan tinggi serta cenderung dekat dengan Allah. Jasad sifatnya rendah dan jauh dengan Allah.

Ahli sufi mengungkapkan: “Wahai jasad, sibukkan dirimu dengan solat dan puasa. Wahai kalbu, sibukkan dirimu dengan bisikan munajat kepada Allah. Wahai jasad, ungkapkan iyyakana’budu. Wahai kalbu, ungkapkan iyyakanasta’in.”

Ta’abbud mendaki ke atas, sedangkan isti’anah turun ke bawah. Yang melakukan ta’abbud adalah hamba, sedangkan isti’anah adalah Allah. Siapa yang naik akan memetik yang di atas untuk turun menyambut.

Begitulah cubaan bagi manusia, semakin tinggi kedudukan seseorang maka cubaannya semakin berat. Namun cubaan itu jangan membuat orang berputus asa kerana semakin Allah sayangkan kita, semakin banyak ujian yang akan kita hadapi..

Sunday, March 28, 2010

Casa Bella

Hari nie cukup mencabar kesabaran ku terhadap seorg insan bergelar lelaki.... namun aku amat bersyukur punya teman 2 yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan buat diri ini.... Kadangkala aku terfikir, bagaimana lagi tuk aku memberi yg terbaik utk perhubungan nie, aku sedar aku tetap insan yg punya kelemahan, dan sememangnya kau dan aku dtg dari dunia yg berbeza... jika kau benar tercipta untukku... maka dengan izin NYA..kau dan aku akan bersama...

Saturday, March 27, 2010

DFO Essendon

Semlm... aku bersama Jazz, Najmi,Izah n Baya... pergi melakukan 'retail therapy' di DFO Essendon, walaupun pada mulanya niat kami tuk mengambil peluang tuk membeli brg2 Correlle... sudahnya... kami tidak dapat menahan godaan pabila di Kedai Roxy ada potongan sebyk 70 %, pada mulanya aku sekadar melihat2... kemudian bila dibandingkan harga asal dan harga setelah potongan membuatkan aku terus berminat utk memilih brg2 yg aku berkenan.... duk begitu asyik memilih sehingga aku di tegur oleh minah blonde sebab block laluan dia, tapi dia pun sibuk la bwk stroller, anak dah besar, leh berlari, sengaja nak bwk budak tu menyempit, dah la kedai tu memang sempit, so memang la susah nak jalan... kalau dia ckp baik2 tak pe jugak... tapi biar laa..malas aku nak layan org yg gitu... apapun... akhirnya aku dapat membeli beg sekolah, beg jalan2 dan beg make up dengan harga AUD 30. Kemudian kami ke kedai Correlle... bila dah ade kat situ..lagi la rasa tak tahan... terasa ingin membeli semua brgn yg ada... tapi bila terpikirkan ongkos yg ada... daku terpaksa menahan nafsu...hehehhee .... setiap sorg dari kami ...membeli at least tiga set brgn correlle dan akibatnya... bila nak pulang, penuh kereta dgn brg2 yg di shopping... apapun kami semua puas hati....

Kami teruskan agenda selepas bershoping dengan menikmati makanan yg lazad di Sofia, minum ice choc , calamari, pizaa n spaghetti yg enak... nyum -nyumm.... Kesimpulanya...kami semua gembira dan senang hati :)

Mengejar Impian

Genap sebulan aku kembali ke bumi org, demi mendapatkan segulung ijazah.... berpindah ke tempat baru... melayari semester baru, pada mulanya..aku begitu bimbang takut tidak dpt menyesuaikan diri, kerana aku sorg saje Melayu di dalam kelas aku.... di campur pula perasaan bimbang meninggalkan tunangan tersayang di bumi Malaysia... Tiga hari setelah bergelar tunangan org..aku terus berangkat ke bumi org... Perasaan sedih dan sayu hati meninggalkan org2 tersyg masih terasa sehingga saat ini....

Walaubagaimana pun aku bersyukur di kelilingi sahabat2 yg memahami dan sentiasa memberi dorongan dan sokongan...